Mengenai Institut Kecantikan NUVIS Sabah

“Peneraju Kecemerlangan, Kemahiran dan Keusahawanan.”

Siapa Kami?

Nuvis Sabah (NUVIS) ialah sebuah institut kecantikan dan pusat latihan kemahiran yang berpengalaman lebih 17 tahun dalam industri dandanan rambut, kecantikan, solekan, refleksologi dan keusahawanan.

NUVIS komited untuk melahirkan tenaga mahir yang memenuhi kehendak industri semasa dengan menyediakan:

    • Tenaga pengajar mesra, berpengalaman & bertauliah
    • Kurikulum standard daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
    • Fasiliti moden & lengkap termasuk bilik teori dan praktikal, kabinet peribadi, mini perpustakaan, komputer, WiFi serta ruang riadah

Pembelajaran & Latihan

Pelajar di NUVIS bukan sahaja mendapat pembelajaran teori & praktikal, tetapi juga didedahkan dengan:

 

    • On the Job Training (OJT) di salon inkubator NUVIS atau salon rakan industri

    • Asas perniagaan & keusahawanan untuk persediaan membuka perniagaan sendiri

    • Bimbingan & nasihat berterusan daripada pihak NUVIS untuk alumni yang mahu menjadi usahawan

Sebagai bukti komitmen terhadap kualiti, NUVIS kini memiliki francais perniagaan sendiri – NUVIS Sabah Hair & Beauty Salon, yang menjadi platform latihan serta peluang kerjaya untuk pelajar dan graduan.

Misi Kami

Membangunkan modal insan berkemahiran terampil, cemerlang, dan usahawan berdaya saing.

Visi Kami

Menjadi pemangkin utama dalam mengubah kehidupan golongan B40 melalui kemahiran dan keusahawanan.

.Status & Pengiktirafan

NUVIS ialah syarikat TERAS di bawah TERAJU, dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera, serta berdaftar dengan:

    • PMS

    • PUKONSA

    • Sijil Pengiktirafan Status Bumiputera