Di Nuvis, kami membuka peluang kerjaya yang cerah dalam industri kecantikan. Graduan boleh memilih dua hala tuju utama: menjadi Tenaga Mahir seperti Hairstylist atau Therapist, atau menjadi Usahawan dengan membina perniagaan sendiri. Anda juga boleh melangkah lebih jauh sebagai Tenaga Pengajar atau diiktiraf sebagai Pakar Industri Negara

Nuvis Sabah menggunakan tiga pendekatan utama dalam melahirkan tenaga pekerja mahir & usahawan yang berjaya
Pendekatan pertama ialah latihan (training), di mana kami menyediakan pendidikan praktikal dan teknikal yang komprehensif. Pelajar akan menguasai kemahiran asas dan lanjutan yang relevan dengan industri melalui latihan intensif.
Pendekatan kedua adalah bimbingan (hand holding), iaitu proses sokongan berterusan yang memastikan setiap pelajar mendapat panduan peribadi untuk mencapai potensi penuh mereka.
Akhir sekali, pemantauan (follow through) adalah komitmen kami untuk terus memantau kemajuan kerjaya graduan. Kami memastikan mereka terus berkembang maju dalam bidang pilihan mereka, dengan sokongan dan nasihat yang berterusan.
Nuvis Sabah percaya setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya — dengan ilmu, bimbingan dan sokongan yang tepat

Nuvis Sabah sentiasa memastikan standard latihan kami sejajar dengan piawaian tertinggi. Kami percaya kualiti pendidikan adalah asas kepada kualiti tenaga kerja dan usahawan masa depan
Pendekatan ini bukan sahaja memastikan pelajar menguasai kemahiran teknikal, tetapi juga memberi mereka keyakinan diri, disiplin kerja, dan keupayaan untuk bersaing di pasaran. Setiap modul yang kami jalankan dirangka dengan teliti agar selaras dengan kehendak industri semasa
Jaringan Komuniti dan Alumni

